Friday 8 May 2009

~Selamat Hari Ibu 10 Mei 2009~

Orang Kata Aku Lahir dari Perut Mak..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa disampingku.... mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang.... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan.... makBila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... mak
Bila bengang, aku suka luah pada.... mak
Bila takut, aku selalu panggil.... "mmaaakkkk!!"
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.... mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
Kalau balik kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk-pauk.... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku.... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihatkan aku.... mak
Bila nak kahwin, orang pertama aku tunjuk & rujuk.... mak
Aku ada pasangan hidup sendiri.....
Bila seronok, aku cari.... pasanganku
Bila sedih, Aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Bila sambut hari kegembiraan.... aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu.... aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.... aku ingat pasanganku
Selalu.... mak ingat kat aku
Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku
Entah bila.... aku nak talipon mak
Selalu.... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja.... bolehkah kau kirim wang untuk mak??
Mak bukan nak banyak.... "RM50 sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya....
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap waja h ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
TaTaN: ~Adik cayang Umi sangat-sangat~
Sayangilah ibu korang selagi dia masih ade di dunia ini.
Jangan sakiti hatinya.
Baik, buruk... Dia tetap insan yang bergadai nyawa melahirkan
korang ke dunia ini...

Wednesday 6 May 2009

~MEDSPEC 6 Mei 2009~

Medspec.Medspec.Medspec.
Korang tau ke ape kebende Medspec tu??
Haa... Meh Intan bagitau meh...
Medspec tu...
Mechanical Engineering Department Student's Project, Exhibition & Competition
Panjang bebeno namanye.. Hehehee...
Intan pun kadang-kadang malas nak nyebutnye..
Hahahahahaa...
Time ni la kitorang students PUO
nak pamerkan hasil kerja projek yang dah kitorang rancang
dan buat sepanjang semester 5 dan semester 6...
Pamerkan kepada adik-adik kitorang...
Hahaha... Ye-ye je Intan ni...
...Hum...
Kalau nak tulis ni sampai esok pun tak abes kot!!
Korang tengok gambar je la ek...

Monday 4 May 2009

~Presentation 4 Mei 2009~

Assalammualaikum sume...
Hari ni nk cite pasal presentation siang tadi...
Presentation bermula pada jam 830 pagi tepat...
Time tu, group Paad adalah group pertama yang mewakili kelas DEM untuk presentation...
Intan adalah salah seorang yang bersemangat untuk tengok cara-cara presentation tu...
Group Paad buat projek tajuk 'Intercom Caller Syaem'...
Nak kene terangkan ke??
Tak payah kot!!!
**Hahahaha**
Diikuti dengan group Fara, Pah, Anil, Ayen, Sya dan Abg Ridzuan...
**Tu sesi sebelah pagi**
Pastu... Disambung dengan group Zahir, Intan, Nunoi dan Leha...
**Tu sesi petang**
Sepanjang pemerhatian Intan dalam presentation ni...
Macam-macam gaya presentation, projek yang dihasilkan...
Ade yang buat tajuk antaranya 'Drain Washer', 'Ionizing Fan',
'FCFS'<>>
Pastu ade Robo Cart 2, Multipurpose Student's Card, Leaf Vaccum...
Ni la antara tajuk-tajuk yang Intan ingat...
Ni projek kelas Intan je...
Kelas lain, tak amek tau sangat pown...
Aha... Sebelum terlupa...
**Takkan tak nak bagitau tajuk projek group sendiri kan**
**Hahahahaa**
Tajuk projek group Intan ialah...
'FOOD DELIVERY SYSTEM'
Hehehee...
Ianya menggunakan IC, PIC, sensor, relay, potentiometer dan sebagainye...
**Ade sape-sape tau komponen-komponen tu**
**Hehehehee**
Nak tengok gambar tak??
Jap ye...
Ha..

Ni la Food Delivery System...
Okie tak??Huhuu..
Masa present tadi...Sedih ade...
**Sob.Sob.Sob**
Nak nanges pown ade...
Sebab ade banyak yang kitorang tak dapat jawab...
**Huhuuu**
Mula-mula dah nak gagal dah...
Tapi, begantung pada budi baik panel la...
Diorg bagi lulus jugak...
Tapi susah la nak dapat A...
**Wawawawawaaaaaaaaa**
Tapi, Intan bersyukur sumenye dah selesai...
Tinggal lagi nak siapkan sikit je lagi laporan untuk dihantar buat jilid...
Ape-ape pun... Alhamdulillah...
Sepanjang presentation ni, ade gak group yang kene marah-marah...
Sebenarnya, sume tu bergantung pada panel tu sendiri...
Ade jugak panel yang bukan panel pun masuk campur...
**Haish...Macam-macam**
Okie la...
Mata Intan pun dah nak terlekat rasanya macam diletak gam 3 second...
**Hahahaa**
~Its time to sleep~
~Nunite~
~Salam~
TaTaN: Usaha, Doa dan Tawakkal mengiringi kejayaan..
Cayok.Cayok.Cayok!!!

Sunday 26 April 2009

~Selangor Juara Piala FA 2009~

VIVA SELANGOR! VIVA SELANGOR! VIVA SELANGOR!

Selangor akhirnya berjaya meranapkan impian Kelantan untuk menjulang Piala FA apabila berjaya menumbangkan pasukan Red Warrior tersebut dengan kelebihan penalti 4-1 setelah perlawanan sebenar tamat dengan kedudukan 1-1 di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Perlawanan yang disaksikan lebih 80,000 penonton menyaksikan persembahan mantap kedua-dua pasukan apabila mereka saling menyerang pantas sebaik sahaja wisel permulaan ditiup pengadil perlawanan.

10 minit pertama menyaksikan Selangor menguasai hampir keseluruhan permainan dengan melakukan beberapa siri serangan pantas ke kubu Kelantan. Namun kekentalan benteng Red Warrior berjaya menjadi tembok mujarab bagi mereka untuk menghalang kemaraan Selangor.

Hampir 15 minit permainan, Kelantan mula berjaya menguasai rentak permainan dengan banyak melakukan aksi-aksi merbahaya di hadapan gawang Selangor. Serangan demi serangan mereka hampir-hampir mengucar-kacirkan pertahanan Red Giant namun kekentalan kubu Selangor yang diketuai oleh Sharul Anuar Baharom berjaya menyekat serangan bertubi-tubi dari Kelantan.

Selangor seharusnya mendahului pada minit ke-25 namun Safee Sali gagal menyudahkan peluang yang terhidang di hadapan gawang mereka. Kelantan juga kerapkali melakukan serangan pantas melalui tonggak mereka, Indra Putra sehingga menggamatkan suasana sorakan di Stadium Bukit Jalil.

Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0.

Separuh masa kedua menyaksikan Kelantan mula menggandakan asakan ke kubu Selangor. Indra Putra hampir meletakkan Kelantan di depan namun sepakan kencang beliau hanya singgah di palang gol Selangor sekaligus membuatkan puluhan ribu penyokong Red Giant menarik nafas lega.Selangor turut mempunyai beberapa siri peluang yang agak menarik namun kerapkali berjaya dihalang oleh persembahan mantap oleh penjaga gol Kelantan yang bijak membaca arah bola dengan tepat serta pantas. Bolehlah dikatakan bahawa kekuatan sebenar pasukan Kelantan terletak kepada kecekapan penjaga gol mereka. Kerapkali beliau berjaya menampan atau menangkap kemas sepakan-sepakan kencang jentera serangan Selangor.Perlawanan penuh tamat dengan keputusan 0-0.Tambahan masa diberikan oleh pengadil perlawanan sebanyak 30minit menyaksikan pelbagai serangan yang bertali arus dari jentera serangan Kelantan. Saat yang ditakuti oleh penyokong Red Giant muncul pada minit ke-4 tambahan masa apabila penyerang Kelantan berjaya menanduk masuk gol pertama setelah beliau tidak dikawal baik oleh pertahanan Selangor. Dan gol tersebut menggamatkan penyokong Red Warriors di stadium.

Selangor tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Kapten Selangor, Amri Yahyah sekali lagi menjadi penyelamat apabila melakukan ground header di sebelah kanan pintu gol Kelantan dan gagal ditampan oleh penjaga gol mereka sekaligus menjadikan kedudukan terikat 1-1. Kedudukan ini terus berkekalan sehingga masa tambahan tamat dan memaksa perlawanan dilanjutkan ke sepakan penalti untuk mencari juara!
Pengalaman menyaksikan bahawa Selangor masih gah untuk terus menjulang Piala FA apabila berjaya dalam sepakan penalti dengan jumlah jaringan gol 4-1! Gol-gol penalti Selangor dijaringkan oleh Khairul Anuar Baharom, D.Surendran, Nasriq Baharom dan disudahkan dengan sempurna oleh Safee Sali sekaligus menyaksikan kem Selangor melompat gembira disusuli sorakan gemuruh dari puluhan ribu penyokong Selangor yang berada di Stadium Bukit Jalil seawal jam 5 petang lagi! Dan ini sekaligus menyaksikan Kelantan sekali lagi pulang hampa setelah gagal melakukan sejarah untuk memenanginya musim ini! Dengan kemenangan Selangor kali ini, maka skuad Red Giant telah berjaya menambah koleksi kejuaraan Piala FA buat kali ke-5.
Tahniah kepada Warga Selangor Fanatik buat keseluruhan kem Selangor Darul Ehsan. We are the CHAMPION!

CAYALAH SELANGOR!!!



TaTaN: Diadaptasi dari web selangorfanatik.ning.com... Selangor The Best lah!!!!

Thursday 23 April 2009

~Tatan Cayang Dia~

::Gambar-gambar ini akan menceritakan segalanya::
::K.A.M.I kat McD Ipoh::


:: K.A.M.I::

::K.A.M.I kat perkahwinan lecturer TaTan::

:: K.A.M.I lagi::


:: K.A.MI~H.A.F.I.Z.Z.U.L.I.N.T.A.N::
TaTaN: ("v")Tatan cayang dia cangat-cangat ("v")

Monday 13 April 2009

~Konvo...Konvo...Konvo~

Setatnye hari ni sampai la hari Jumaat ni, ade konvokesyen kat poli..
Hari ni Jabatan Mekanikal punya sesi konvo..
Jadi, kitorang diberi cuti!!!!!!!
**Suka sangat Intan**hahahahaa**
[sehari je kot!!!]
Kawan ajak g tengok konvo.. Malas la...
Bukan ade ape pun... Biasalah kalau konvo...
Bunga, bear... Bunga, bear... Bunga, bear...
Tu je la...
Kalau ade jual benda lain pun, key-chain ke tah pape la lagi...
Sekarang ni tengah tinggal sensorang kat umah...
Kawan dah gerak g poli nk nengok tu...
Kalau Intan ikut pun, nk parking kete kat mana...
Lain la kawan tu ade motor... Boleh la nak parking...
Kalau kete??? Dengan kete famili dak2 konvo lagi...
Hummmm....[borink]
Esok pulak ade interview EXXONMOBIL...
Hummmm.... Minimum CGPA diorang nak 3.5 ke atas...
Intan tak layak pun...
Lagi 0.10 lagi nak boleh 3.5...hummmm...
**Intan sedih gak**
**Intan boleh... Cayok... Cayok!!!**
Intan ade bagi nama jugak untuk interview tu...
Tapi, rasa takut pulak...
Yelah... Dah tak layak...
Cane ye???
TaTaN: Boleh ke Intan ni???

Saturday 11 April 2009

~Yeah!!!!.....Kesihatanku Dah kembali Normal...heee~

Akhirnya...Akhirnya...Akhirnya...
Kesihatan ku sudah kembali normal...
Syukur alhamdulillah...
Dah x naik dah alergi tuh...
Dah x gatal-gatal lagi~heeee.....
Hari ni patutnya Intan ngan lagi 13 orang dak kelas g Lumut..
Ada rombongan ke Syarikat Kenchana[xingat nama penuhnya]...
Syarikat minyak kalau x silap...
Tapi Intan malas sangat nak g..
Kena ada kat poli kul 7 pagi..
Giler x ingat awal...
Lagi satu, Intan malas sangat dah nak join pape...
Nak g meeting kelab pun dah tahap gaban nyer malas...
bukan ada apa pun kat meeting tu...
Last-last-last... Tangguh...
Borink lah!!!!
Sekarang Intan nak fokus pada final exam dan final year project...
Kawan-kawan???
Sape yang baik ngan Intan, Intan baik ngan diorang...
Kadang-kadang kalau Intan baik pun orang x nak caye cakap Intan...
Baik jangan banyak cakap dah...
Tengok dan lihat je...
Bersuara bila orang bersuara ngan Intan...
**Yeah!!!!!... Fokus Intan... Fokus...Fokus itu penting...heeee....**
TaTaN: Nak jadi Intan yang sangat disayangi dan disukai kawan-kawan... Think.. Think.. Think.. =)

Thursday 9 April 2009

~Adoiyaii...Tak Bape Nak Cihat Laa~

Hari ni... Xsihat lagi...
Tau x xsihat sebab apa... Tu ha... Alergi..
Adoiyaii!!!
**Sabar Intan... Sabar...**
Tapi, mana boleh nak sabar lagi...
Hari ni dah masuk 5 klinik pegi...
Yang swasta, yang kerajaan...
Semua sama je...
Tak kurang langsung... Sedih betul...
Yang xtahan tu bila time gatal itu tiba...hahahaa
Dah rasa macam pengembangan yang sangat pesat berlaku pada tangan, kaki...
Macam berat badan Intan bertambah...
Ada ke doktor yang baru Intan jumpa ni kata berat badan Intan bertambah...
Sebab dia tengok jari-jemari tangan dan kaki Intan membengkak...
Citt!!! Ada ke patut...
Huhuuu... Cian kat Intan...[kesian diri sendiri...heee]
Nak tunjuk gambar tangan yang bengkak tu... Tapi tak amek gambarnya lagi...heee...
Oh ya!!!... Tq Kak Mira sebab belanja Intan ngan Fara mam tengah hari...
Kita sama-sama pegi klinik...heee...
TaTaN: Dah tak tau nak makan ubat daripada klinik mana satu sebab dah
banyak klinik Intan pegi...huhuu...
*Tq Kak Mira[sebab Kak Mira dapat naik gaji...heee...]

Wednesday 8 April 2009

~Sedih...Sedih...Sedih~ :(

Sedih...Sedih...Sedih...
Kenapa Intan sedih?? Rasa nak meraung-raung je...
Dengan projek tak siap lagi... Boleh ke siap projek kumpulan Intan ni...
Dengan perangai kawan-kawan lagi...haish!!!
Sedih betol... Sampai hati korang... [sampainya hatimu]...lalalalala...
Tegar betul korang buat camtu[wah..ayatku skema]...
Korang xde perasaan ke sampai nak buat Intan camtu???... Kalau Intan la yang nak jadikan korang camtu, apa la perasaan korang...
Tak rasa hina ke???
Hina... Hina... Hina...[nanges]...sobsobsob...
Tapi, korang kene ingat... Apa pun yang korang buat, tetap ada balasan... Bukan Intan yang akan balas... Tapi, DIA...
Sekarang pun dah ada yang terkena tempias[cam tempias ujan lak..hee..]...
Itulah... Kata orang...
Biarlah apa orang nak buat kat kita... Terima je... Satu hari, benda tu mesti
jadi balik kat orang yang ngate kita...
Kan..Kan..Kan[versi upin & ipin]..
**Tabahkan hati Intan**
Apa pun, Intan doakan kepada orang tu
agar dia juga sedar yang dia jugak ada sakitkan hati orang,
buat orang terasa dengan dia dan buat orang nyampah dengan dia..
~Dia~untuk 2 orang~[hahahaa]
**Intan boleh... Intan boleh... Cayok... Cayok!!!**

Intan ada sorang kawan ni...
Intan sangat kagum dengan dia...
Intan nak sebut nama dia... X kira...(FaRa)...

Intan panggil dia FaRa...

Dia sangat sempoi... Orang nak kate dia apa pun dia x kisah...
Intan suka cara dia...
Dia suka bergaya...
Walaupun kadang-kadang Intan rasa gaya dia tu agak berlebihan...
Dia maintain je... Kat kampus, masa mula-mula masuk poli, dia selalu kene kacau
dengan dak laki... Tapi dia buat bodoh je...hehehee...
Dia je kawan yang paling baik yang Intan pernah jumpa kat poli ni...
Yang lain????
~TAK ADA LANGSUNG~
To FaRa--->Intan Cayunk FaRa!!!!<---
TaTaN: Sayangi, Hargai, Bersyukur dengan orang disekeliling korang... Terima diorang seadanya... Satu hari orang tu dah xde, baru nak nangis, rindu... Buat apeee...
*Terima Kasih FaRa*


Tuesday 7 April 2009

~Untuk Manusia Yang Tak Tau Membalas Budi~

Intan dah pernah terkena dulu... Sekarang... Buah hati Intan pulak... Intan nasihatkan pada korang kat luar sana... Jangan la caye dan baik sangat kat kawan2 korang tu... Semua tu pelakon dunia je!!! Masa susah sebuk cari kita... Bila dah senang, bau kita pun dah menyampah!!! Camni la... Sesape yang agak2 terasa... Renung2kanlah apa yang korang penah lakukan pada orang sekeliling korang!!! Ingat satu je!!! Hidup kita ni macam roda... Kadang2 kita kat atas... Kadang2 kat bawah... So.... Hanya ALLAH S.W.T. yang boleh balas semua tu.... Amin....
TaTan: Orang camni pun sama jugak.. Dia susah, tau pulak cari orang mintak tolong.. Dah lepas diri, jadi macam kacang lupakan kulit.. Ape daaaa..

~Terkena Balik_Balasan_Buat Tak Tau_Fikir2kan~

Salam… Pernah tak korang rasa diri korang teruk sangat bila ada orang tegur korang, marah2 korang tak tentu pasal, pastu tetiba cakap leklok… Tu pun lepas dah minta maaf laa… Penah tak?… Ish..ish..ish.. Macam-macam kan sekarang ni… Hummm… Kita ni tak boleh nak tegur orang sesuka hati kita… Kalau nak tegur jugak, fikirlah balik baik buruknya sebab kita ni bukannya ‘perfect’ sesangat… Dan ada la kawan Intan sorang ni dah terkena batang hidung sendiri… Dia dok marah2 tegur ‘orang’ tak betul la, tak paham ‘orang’ tu la, tak boleh caye cakap ‘orang’ tu la dan siap bagitau lagi yang ramai orang tak suka dengan ‘orang’ ni… Siap nak pulaukan ‘orang’ tu… Ish..ish..ish.. Tak baik… Tapi, apa nak buat… Ha… Sape ‘orang’ tu, biarlah jadi rahsia Intan sendiri… Dan baru-baru ni, dia cite la pasal ada la orang lain pulak nak kenekan dia… Intan simpati dengan dia… Tapi, apa boleh Intan cakap… Intan dah malas nak masuk campur… Kang kalau Intan cakap lebih-lebih, Intan tersalah cakap kang, Intan pulak yang kene… Baik Intan diam dan buat hal Intan sendiri… Apa-apa pun… Fikir-fikirkanlah diri kita sendiri sebelum nak tegur orang… Memang Intan sedar yang Intan sendiri tak ‘perfect’… Hehee… Sekadar berkongsi cerita… Hehehee… Ha… Jangan dah toing!! kene batang hidung sendiri baru nak terfikir… Maknanye apa tu… Terkena balik ke balasan ke apa???… Okie… Dadaa… ~Salam~
TaTaN: Itulah.. Macam la dia bagus, baik sangat nak kata orang.. Tengok.. Dah kena balik..humm.. Blogger-blogger, jangan jadi camni ye..haish!!!

~Lagu Kita~

Deras hati ku berdetar
Di langit aku terlihatkanmu
Terang malam...

Teman kita...
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus...
Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar
Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah Lagu Kita

Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Terciptalah Lagu Kita...
TaTaN: Lirik lagu ni khas untuk buah hati tatan.. Dia sgt chumel.. Cayunk dia cangat-cangat ("v")~Bb, ni lagu kita~

~Baby Love Hubby~

...I love you...
...Since you came into my life...
...I have looked forward to each sunrise...
...The early morning, with you in my arms...
...The midnight skies with us breath a zillion stars...
...Moves me...
...You make me feel like no oneelse could...
...I like the person I am when iam with you...
...You bring out a part of me that I never knew existed...
...A part that was born with our first kiss...
...You made me complete...
...Now I have a reason to try...
...Now I have a cause...
...A reason to believe...
TaTaN: I'm gonna love you Bb till my eyes are force to be closed.. Love you damn much!!!!! ("v")

~Kisah Kita~


Tiada yang lain yang aku cinta hanyalah padamu…
Tiada yang lain yang aku rindu hanyalah dirimu…
Dikaulah permata yang bersinar dikala ku kesunyian…
Tiada yang lain yang ku mahu hanyalah kasihmu…
Tiada yang lain yang ku puja hanyalah dirimu…
Tak mungkin aku berpaling…
Berpaling mencari yang lain…
Tak mungkin aku biakan kau merana…
Aku cinta kepadamu sepenuh hati…
Janganlah kau ragu kasih…
Ragu padaku…
Sejujur niatku…
Niat bersama selama-lamanya…
Janganlah kau pergi kasih…
Pergi dariku…
Aku nyanyikan lagu rindu…
Buatmu kekasih…
Aku baca puisi syahdu…
Puisi kita…
Ku ingin kau disampingku untuk sama-sama…
Sama-sama melayarkan bahtera cinta yang terbina…
Kekasih dengarkanlah…
Bila aku terseksa kaulah penawarnya…
Bila kau terluka akulah penyembuhnya…
Kita sama-sama sudah jatuh hati…
Jatuh cinta…
TaTaN: Blogger-blogger sekelian.. Doakan kami akan bersama dan bahagia selamanya ye.. =)