Sunday, 26 April 2009

~Selangor Juara Piala FA 2009~

VIVA SELANGOR! VIVA SELANGOR! VIVA SELANGOR!

Selangor akhirnya berjaya meranapkan impian Kelantan untuk menjulang Piala FA apabila berjaya menumbangkan pasukan Red Warrior tersebut dengan kelebihan penalti 4-1 setelah perlawanan sebenar tamat dengan kedudukan 1-1 di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Perlawanan yang disaksikan lebih 80,000 penonton menyaksikan persembahan mantap kedua-dua pasukan apabila mereka saling menyerang pantas sebaik sahaja wisel permulaan ditiup pengadil perlawanan.

10 minit pertama menyaksikan Selangor menguasai hampir keseluruhan permainan dengan melakukan beberapa siri serangan pantas ke kubu Kelantan. Namun kekentalan benteng Red Warrior berjaya menjadi tembok mujarab bagi mereka untuk menghalang kemaraan Selangor.

Hampir 15 minit permainan, Kelantan mula berjaya menguasai rentak permainan dengan banyak melakukan aksi-aksi merbahaya di hadapan gawang Selangor. Serangan demi serangan mereka hampir-hampir mengucar-kacirkan pertahanan Red Giant namun kekentalan kubu Selangor yang diketuai oleh Sharul Anuar Baharom berjaya menyekat serangan bertubi-tubi dari Kelantan.

Selangor seharusnya mendahului pada minit ke-25 namun Safee Sali gagal menyudahkan peluang yang terhidang di hadapan gawang mereka. Kelantan juga kerapkali melakukan serangan pantas melalui tonggak mereka, Indra Putra sehingga menggamatkan suasana sorakan di Stadium Bukit Jalil.

Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0.

Separuh masa kedua menyaksikan Kelantan mula menggandakan asakan ke kubu Selangor. Indra Putra hampir meletakkan Kelantan di depan namun sepakan kencang beliau hanya singgah di palang gol Selangor sekaligus membuatkan puluhan ribu penyokong Red Giant menarik nafas lega.Selangor turut mempunyai beberapa siri peluang yang agak menarik namun kerapkali berjaya dihalang oleh persembahan mantap oleh penjaga gol Kelantan yang bijak membaca arah bola dengan tepat serta pantas. Bolehlah dikatakan bahawa kekuatan sebenar pasukan Kelantan terletak kepada kecekapan penjaga gol mereka. Kerapkali beliau berjaya menampan atau menangkap kemas sepakan-sepakan kencang jentera serangan Selangor.Perlawanan penuh tamat dengan keputusan 0-0.Tambahan masa diberikan oleh pengadil perlawanan sebanyak 30minit menyaksikan pelbagai serangan yang bertali arus dari jentera serangan Kelantan. Saat yang ditakuti oleh penyokong Red Giant muncul pada minit ke-4 tambahan masa apabila penyerang Kelantan berjaya menanduk masuk gol pertama setelah beliau tidak dikawal baik oleh pertahanan Selangor. Dan gol tersebut menggamatkan penyokong Red Warriors di stadium.

Selangor tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Kapten Selangor, Amri Yahyah sekali lagi menjadi penyelamat apabila melakukan ground header di sebelah kanan pintu gol Kelantan dan gagal ditampan oleh penjaga gol mereka sekaligus menjadikan kedudukan terikat 1-1. Kedudukan ini terus berkekalan sehingga masa tambahan tamat dan memaksa perlawanan dilanjutkan ke sepakan penalti untuk mencari juara!
Pengalaman menyaksikan bahawa Selangor masih gah untuk terus menjulang Piala FA apabila berjaya dalam sepakan penalti dengan jumlah jaringan gol 4-1! Gol-gol penalti Selangor dijaringkan oleh Khairul Anuar Baharom, D.Surendran, Nasriq Baharom dan disudahkan dengan sempurna oleh Safee Sali sekaligus menyaksikan kem Selangor melompat gembira disusuli sorakan gemuruh dari puluhan ribu penyokong Selangor yang berada di Stadium Bukit Jalil seawal jam 5 petang lagi! Dan ini sekaligus menyaksikan Kelantan sekali lagi pulang hampa setelah gagal melakukan sejarah untuk memenanginya musim ini! Dengan kemenangan Selangor kali ini, maka skuad Red Giant telah berjaya menambah koleksi kejuaraan Piala FA buat kali ke-5.
Tahniah kepada Warga Selangor Fanatik buat keseluruhan kem Selangor Darul Ehsan. We are the CHAMPION!

CAYALAH SELANGOR!!!



TaTaN: Diadaptasi dari web selangorfanatik.ning.com... Selangor The Best lah!!!!

Thursday, 23 April 2009

~Tatan Cayang Dia~

::Gambar-gambar ini akan menceritakan segalanya::
::K.A.M.I kat McD Ipoh::


:: K.A.M.I::

::K.A.M.I kat perkahwinan lecturer TaTan::

:: K.A.M.I lagi::


:: K.A.MI~H.A.F.I.Z.Z.U.L.I.N.T.A.N::
TaTaN: ("v")Tatan cayang dia cangat-cangat ("v")

Monday, 13 April 2009

~Konvo...Konvo...Konvo~

Setatnye hari ni sampai la hari Jumaat ni, ade konvokesyen kat poli..
Hari ni Jabatan Mekanikal punya sesi konvo..
Jadi, kitorang diberi cuti!!!!!!!
**Suka sangat Intan**hahahahaa**
[sehari je kot!!!]
Kawan ajak g tengok konvo.. Malas la...
Bukan ade ape pun... Biasalah kalau konvo...
Bunga, bear... Bunga, bear... Bunga, bear...
Tu je la...
Kalau ade jual benda lain pun, key-chain ke tah pape la lagi...
Sekarang ni tengah tinggal sensorang kat umah...
Kawan dah gerak g poli nk nengok tu...
Kalau Intan ikut pun, nk parking kete kat mana...
Lain la kawan tu ade motor... Boleh la nak parking...
Kalau kete??? Dengan kete famili dak2 konvo lagi...
Hummmm....[borink]
Esok pulak ade interview EXXONMOBIL...
Hummmm.... Minimum CGPA diorang nak 3.5 ke atas...
Intan tak layak pun...
Lagi 0.10 lagi nak boleh 3.5...hummmm...
**Intan sedih gak**
**Intan boleh... Cayok... Cayok!!!**
Intan ade bagi nama jugak untuk interview tu...
Tapi, rasa takut pulak...
Yelah... Dah tak layak...
Cane ye???
TaTaN: Boleh ke Intan ni???

Saturday, 11 April 2009

~Yeah!!!!.....Kesihatanku Dah kembali Normal...heee~

Akhirnya...Akhirnya...Akhirnya...
Kesihatan ku sudah kembali normal...
Syukur alhamdulillah...
Dah x naik dah alergi tuh...
Dah x gatal-gatal lagi~heeee.....
Hari ni patutnya Intan ngan lagi 13 orang dak kelas g Lumut..
Ada rombongan ke Syarikat Kenchana[xingat nama penuhnya]...
Syarikat minyak kalau x silap...
Tapi Intan malas sangat nak g..
Kena ada kat poli kul 7 pagi..
Giler x ingat awal...
Lagi satu, Intan malas sangat dah nak join pape...
Nak g meeting kelab pun dah tahap gaban nyer malas...
bukan ada apa pun kat meeting tu...
Last-last-last... Tangguh...
Borink lah!!!!
Sekarang Intan nak fokus pada final exam dan final year project...
Kawan-kawan???
Sape yang baik ngan Intan, Intan baik ngan diorang...
Kadang-kadang kalau Intan baik pun orang x nak caye cakap Intan...
Baik jangan banyak cakap dah...
Tengok dan lihat je...
Bersuara bila orang bersuara ngan Intan...
**Yeah!!!!!... Fokus Intan... Fokus...Fokus itu penting...heeee....**
TaTaN: Nak jadi Intan yang sangat disayangi dan disukai kawan-kawan... Think.. Think.. Think.. =)

Thursday, 9 April 2009

~Adoiyaii...Tak Bape Nak Cihat Laa~

Hari ni... Xsihat lagi...
Tau x xsihat sebab apa... Tu ha... Alergi..
Adoiyaii!!!
**Sabar Intan... Sabar...**
Tapi, mana boleh nak sabar lagi...
Hari ni dah masuk 5 klinik pegi...
Yang swasta, yang kerajaan...
Semua sama je...
Tak kurang langsung... Sedih betul...
Yang xtahan tu bila time gatal itu tiba...hahahaa
Dah rasa macam pengembangan yang sangat pesat berlaku pada tangan, kaki...
Macam berat badan Intan bertambah...
Ada ke doktor yang baru Intan jumpa ni kata berat badan Intan bertambah...
Sebab dia tengok jari-jemari tangan dan kaki Intan membengkak...
Citt!!! Ada ke patut...
Huhuuu... Cian kat Intan...[kesian diri sendiri...heee]
Nak tunjuk gambar tangan yang bengkak tu... Tapi tak amek gambarnya lagi...heee...
Oh ya!!!... Tq Kak Mira sebab belanja Intan ngan Fara mam tengah hari...
Kita sama-sama pegi klinik...heee...
TaTaN: Dah tak tau nak makan ubat daripada klinik mana satu sebab dah
banyak klinik Intan pegi...huhuu...
*Tq Kak Mira[sebab Kak Mira dapat naik gaji...heee...]

Wednesday, 8 April 2009

~Sedih...Sedih...Sedih~ :(

Sedih...Sedih...Sedih...
Kenapa Intan sedih?? Rasa nak meraung-raung je...
Dengan projek tak siap lagi... Boleh ke siap projek kumpulan Intan ni...
Dengan perangai kawan-kawan lagi...haish!!!
Sedih betol... Sampai hati korang... [sampainya hatimu]...lalalalala...
Tegar betul korang buat camtu[wah..ayatku skema]...
Korang xde perasaan ke sampai nak buat Intan camtu???... Kalau Intan la yang nak jadikan korang camtu, apa la perasaan korang...
Tak rasa hina ke???
Hina... Hina... Hina...[nanges]...sobsobsob...
Tapi, korang kene ingat... Apa pun yang korang buat, tetap ada balasan... Bukan Intan yang akan balas... Tapi, DIA...
Sekarang pun dah ada yang terkena tempias[cam tempias ujan lak..hee..]...
Itulah... Kata orang...
Biarlah apa orang nak buat kat kita... Terima je... Satu hari, benda tu mesti
jadi balik kat orang yang ngate kita...
Kan..Kan..Kan[versi upin & ipin]..
**Tabahkan hati Intan**
Apa pun, Intan doakan kepada orang tu
agar dia juga sedar yang dia jugak ada sakitkan hati orang,
buat orang terasa dengan dia dan buat orang nyampah dengan dia..
~Dia~untuk 2 orang~[hahahaa]
**Intan boleh... Intan boleh... Cayok... Cayok!!!**

Intan ada sorang kawan ni...
Intan sangat kagum dengan dia...
Intan nak sebut nama dia... X kira...(FaRa)...

Intan panggil dia FaRa...

Dia sangat sempoi... Orang nak kate dia apa pun dia x kisah...
Intan suka cara dia...
Dia suka bergaya...
Walaupun kadang-kadang Intan rasa gaya dia tu agak berlebihan...
Dia maintain je... Kat kampus, masa mula-mula masuk poli, dia selalu kene kacau
dengan dak laki... Tapi dia buat bodoh je...hehehee...
Dia je kawan yang paling baik yang Intan pernah jumpa kat poli ni...
Yang lain????
~TAK ADA LANGSUNG~
To FaRa--->Intan Cayunk FaRa!!!!<---
TaTaN: Sayangi, Hargai, Bersyukur dengan orang disekeliling korang... Terima diorang seadanya... Satu hari orang tu dah xde, baru nak nangis, rindu... Buat apeee...
*Terima Kasih FaRa*


Tuesday, 7 April 2009

~Untuk Manusia Yang Tak Tau Membalas Budi~

Intan dah pernah terkena dulu... Sekarang... Buah hati Intan pulak... Intan nasihatkan pada korang kat luar sana... Jangan la caye dan baik sangat kat kawan2 korang tu... Semua tu pelakon dunia je!!! Masa susah sebuk cari kita... Bila dah senang, bau kita pun dah menyampah!!! Camni la... Sesape yang agak2 terasa... Renung2kanlah apa yang korang penah lakukan pada orang sekeliling korang!!! Ingat satu je!!! Hidup kita ni macam roda... Kadang2 kita kat atas... Kadang2 kat bawah... So.... Hanya ALLAH S.W.T. yang boleh balas semua tu.... Amin....
TaTan: Orang camni pun sama jugak.. Dia susah, tau pulak cari orang mintak tolong.. Dah lepas diri, jadi macam kacang lupakan kulit.. Ape daaaa..